Perayaan Thaipusam merupakan sebuah perayaan yang sangat unik kerana mempunyai keunikan tersendiri disamping memiliki pelbagai acara atau budaya yang sangat berbeza yang boleh dipertontonkan kepada semua masyarakat di seluruh di dunia. Perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu mereka.
Tujuan mereka memang diwajibkan oleh penganut untuk menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Pelbagai bahan atau peralatan yang dibawa,samada susu,tembikar,belanga yang dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil.












GHAZALI KORI | Photographer
T E L U N J U K A N A N Shooter!
Tel: +6012 9667110
Official Website: www.telunjukanan.com
Blog: http://www.ghazalikori.telunjukanan.com/blog
Flickr: http://www.flickr.com/ghazalikori
Email/YM: star_cok@yahoo.com/ghazkori@yahoo.com
Awal Mula Pertama Mula
Seramai lebih 50 orang termasuk Chifu-Chifu yang menjadi pengiring dalam program brainstorming ini dan lokasi yang dipilih adalah di Tasek Raban,Lenggong Perak yang merupakan salah sebuah Destination yang terkenal dan sesuai untuk membuat kajian mahupun perbinncangan. Dengan berlatarkan Tasik dan Bukit bukau dan gunung ganang dapat mengungkap atau menyemarakkan lagi mood atau ilham semasa proses brainstorm di adakan.


GHAZALI KORI | Photographer
T E L U N J U K A N A N Shooter!
Tel: +6012 9667110
Official Website: www.telunjukanan.com
Blog: http://www.ghazalikori.telunjukanan.com/blog
Flickr: http://www.flickr.com/ghazalikori
Email/YM: star_cok@yahoo.com/ghazkori@yahoo.com
Trip seterusnya ke sebuah antara Pulau yang sangat terkenal sekali iaitu Pulau Mutiara atau nama moden nya Pulau Pinang. 5 sahabat atau 5 sharp shooter from Telunjukanan Team datang ke Penang semata-mata mencari satu pembaharuan yang boleh mengungkap pelbagai cerita dan situasi perjalanan cerita yang menarik di sekitar Pulau ini, sedikit sebanyak boleh berkongsi untuk tatapan kamu semua…
firstly , Thanks to my boss En Sany Araby yang menyambut kedatangan kami serta bro arjuna, meor azman, karl and tam kesemuanya daripada AVIDMIND PRODUCTUON serta KAKI LENSA yang turut join melepak dan outing bersama-sama sambil bertukar ilmu..









GHAZALI KORI | Photographer
T E L U N J U K A N A N Shooter!
Tel: +6012 9667110
Official Website: www.telunjukanan.com
Blog: http://www.ghazalikori.telunjukanan.com/blog
Flickr: http://www.flickr.com/ghazalikori
Email/YM: star_cok@yahoo.com/ghazkori@yahoo.com
Pengantin : Sarah Abdullah & Ahmad
Tarikh : 19 Disember 2009
Locotion : Dataran Bandar Shah Alam
Shooter : Ghazali Kori & Fazrul Hasnor
Special Thanks to Sarah Abdullah & Ahmad kerana memberi support yang the best untuk photoshot and tidak lupa ur family yang bagi layanan istimewa kepada kami….merci beoucup!








GHAZALI KORI | Photographer
T E L U N J U K A N A N Shooter!
Tel: +6012 9667110
Official Website: www.telunjukanan.com
Blog: http://www.ghazalikori.telunjukanan.com/blog
Flickr: http://www.flickr.com/ghazalikori
Email/YM: star_cok@yahoo.com/ghazkori@yahoo.com
Permulaan perjelajahan seterusnya mengenal isi hidup di daerah Hatyai,Songkla bermula dengan perjalanan keretapi dari KL Sentral dan seterusnya ke Padang Besar sempadan Perlis. Dengan Lifetyle gaya backpaker meredah mencari halatuju mungkin boleh memberikan sesuatu kelainan di tempat orang. Perjalanan d sekitar bandar Hatyai memberi seribu kelainan dan persoalan yang mengungkap pelbagai penceritaan, episod dan budaya di Negara Thailand ini..

Dalam kesibukan kota dengan pelbagai ragam dan kelibat manusia di sekitar bandar ini yang begitu bebas berkeliaran mengikut habitat dan perjalanan masing-masing, memaparkan kehidupan sebenar masyarakat yang sangat unik dan kepelbagaian. Bandar Hatyai mempunyai beberapa pekan yang kecil tetapi mempunyai kepelbagaian penduduk yang begitu ramai yang mempunyai kehidupan berbeza. Budaya Masyarakat disana lebih memfokuskan dengan melakukakan kerja seharian mereka mencari rezeki bekerja tidak mengira umur dan pangkat. Segilintir masyarakat disana lebih mengutamakan aktiviti dengan bekerja mencari pendapatan menjadi sumber pendapatan mereka..











GHAZALI KORI | Photographer
T E L U N J U K A N A N Shooter!
Tel: +6012 9667110
Official Website: www.telunjukanan.com
Blog: http://www.ghazalikori.telunjukanan.com/blog
Flickr: http://www.flickr.com/ghazalikori
Email/YM: star_cok@yahoo.com/ghazkori@yahoo.com
Orang Asli digelar Kaum Batek oleh masyarakat di sana kerana mempunyai keunikan pada sifat dan kulit fizikal. Suku kaum ini mendapat gelarannya kerana keadaan kulit mereka yang bercorak seakan-akan batik dipercayai akibat genetik. Ia bukan tanda kelahiran dan tidak menyakitkan, dan keadaan fizikal yang berbeza ini menjadikan mereka cukup istimewa berbanding kaum-kaum yang lain. Mereka dianggarkan telah ratusan tahun mendiami hutan rimba Gua Musang sehingga ke Kuala Tahan ini. Jarak petempatan mereka terletak kira-kira dua kilometer dari Taman Negara Kuala Koh (TNKK), di sini terdapat kira-kira 75 penduduk suku kaum Bateq yang terdiri daripada 30 keluarga yang sebahagian besarnya kanak-kanak. Masyarakat kaum batek ini merupakan satu-satunya suku kaum Bateq yang masih mengamalkan kehidupan nomad dan baru menetap di situ kira-kira lima bulan lalu.Selain itu, di sekitar Gua Musang mempunyai pelbagai Masyarakat Orang Asli tetapi hanya kaum Batek tetapi ini sahaja yang masih mengekalkan kehidupan perkampungan tradisional. Berbeza dengan suku kaum Orang Asli lain, kaum Bateq lebih suka mengasingkan diri dan tidak gemar bercampur dengan kaum-kaum lain. Atas sebab itu, mereka cenderung untuk mengamalkan cara hidup nomad dengan membuka perkampungan di kawasan terpencil.Kuala Koh ini pun hanya mereka satu-satunya kaum Orang Asli yang membuka penempatan berdekatan kawasan TNKK. Walau pun bertutur dalam bahasa percakapan sendiri, namun rata-rata lelaki remaja dan dewasa kaum ini fasih berbahasa Melayu loghat Kelantan, Gua Musang.Dari sudut penempatan pula, terdapat tiga pondok yang dibina ringkas menggunakan kayu-kayu hutan dan daun palma sebagai penginapan sementara atau dipanggil hayak sebelum penghuninya membina kediaman tetap. Kediaman mereka yang seluas padang bola sepak itu beratapkan daun cucuh iaitu sejenis daun palma tidak berbatang atau daun salak, manakala lantai dan dindingnya mengunakan buluh.Dari segi kegiatan hariannya, yang hanya bergantung hidup dengan mencari hasil hutan untuk dijual kepada peraih dengan kebenaran Perhilitan selain berburu binatang di dalam hutan. Hasil jualan seperti kayu gaharu, damar atau tumbuhan hutan diguna membeli barang keperluan seperti beras, tepung, gula dan garam di kedai runcit kampung berhampiran yang terletak 40 kilometer dari situ dengan bantuan kakitangan Perhilitan.







GHAZALI KORI | Photographer
T E L U N J U K A N A N Shooter!
Tel: +6012 9667110
Official Website: www.telunjukanan.com
Blog: http://www.ghazalikori.telunjukanan.com/blog
Flickr: http://www.flickr.com/ghazalikori
Email/YM: star_cok@yahoo.com/ghazkori@yahoo.com